Video: https://fb.watch/cqxr0JkWMa/
Perbahasan Rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Wong Hon Wai pada 11 April 2022.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022.
Sebelum ini Menteri telah memberi tahu bahawa sejak Pilihan Raya Umum 2018, terdapat 39 orang Ahli Parlimen keluar parti atau lompat parti. Bilangan Ahli Undangan Negeri yang lompat parti tidak diketahui nombornya. Saya jangka berpuluh-puluh dan ini telah merupakan satu masalah yang sangat besar. Ini kerana, kerajaan yang sah tumbang akibat tindakan tidak bertanggungjawab katak-katak tersebut. Legitimate government tumbang berikut Sheraton Move tahun 2020. Sebelum itu Sabah tahun 2018, Johor, Melaka, Perak, Kedah tahun 2020.
Ini merupakan satu perkara yang amat mendukacitakan kerana pengundi- pengundi mengharapkan apabila mereka mengundi, wakil rakyat sebagai pemegang amanah kepada pengundi-pengundi. Di bawah blue bill ini, saya rasa ia masih mentah lagi, masih terlalu raw dan tidak boleh kita terima pada masa ini.
Seperti yang dikatakan, perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas.
Perkara-perkara yang perlu kita perhalusi kerana sekatan terhadap freedom of association and disassociation. Sekatan ke atas hak kebebasan berpersatuan berkaitan parti politik itu perlu kelulusan dua pertiga dan tidak boleh diturunkan kepada satu Federal Law yang hanya memerlukan simple majority.
Saya tadi mendengar bahawa Yang Berhormat Ipoh Timur menyatakan bahawa tumbangnya Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2009.
Berikutan perkara tersebut, kita ambil iktibar apabila saya menjadi ADUN di Pulau Pinang, pada tahun 2012, satu Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012 telah dibuat dengan detail tentang bagaimana kita hendak kawal antilompat parti dan telah diwartakan 14 Februari 2013.
Sembilan tahun lalu DUN Negeri Pulau Pinang ketika saya menjadi seorang ahli ADUN kita telah meluluskan dan juga mewartakan terhadap antilompat parti di State Constitution di Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
Apa yang saya hendak highlight pada hari ini ialah bagaimana kuasa-kuasa negeri daripada segi perkara antilompat parti di State Constitution, bagaimana ia dapat diselaraskan dengan pindaan Federal Constitution
Ini kerana kita harus ingat bahawa Perlembagaan Persekutuan fundamental structure of the Federal Constitution, kita perlu juga menghormati State Constitution, perlu juga menghormati State Legislative Assembly.
Parlimen boleh regulate terhadap komposisi terhadap Federal Parliament tetapi kuasa Negeri ke atas state legislative. Saya rasa perlu diberikan perhatian yang serius dan sebelum ini kita perlu ubah Perkara 49A dengan aspek tindakan Ahli Parlimen yang dianggap lompat parti.
Dalam proses Pindaan undang-undang ini, kita juga perlu lihat kepada Artikel 71 Federal Guarantee of State Constitution dalam Jadual Kelapan.
Sebelum ini, sesi libat urus provision to be inserted into State Constitution apakah prosedur-prosedurnya. Consultation dengan Gabenor, consultation dengan state government, consultation dengan Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia.
Apakah safeguard terhadap State Legislative Assembly?
Ini kerana saya waktu dahulu ADUN dan sekarang Ahli Parlimen dan saya juga telah berikrar untuk mempertahankan Federal Constitution dan pada masa yang sama State Constitution juga. Bagaimana kuasa-kuasa negeri dipelihara dengan kuasa-kuasa Persekutuan dalam scheme of thing Yang sedang kita laksanakan, yang sedang kita bincangkan pada hari ini.
Saya berhujah sekatan-sekatan itu harus di peringkat Perlembagaan Persekutuan. Federal Law hanya untuk prosedur-prosedur tentang bagaimana kita memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua sama ada Setiausaha Agung memaklumkan kepada Tuan Yang di- Pertua kekosongan tersebut, bagaimana Tuan Yang di-Pertua memaklumkan kepada SPR, bagaimana proses SPR memulakan pilihan raya apabila ada
kekosongan – Procedure-wise boleh diletakkan dalam Federal Act.
Akan tetapi, kuasa-kuasa sekatan terhadap hak berpersatuan perlu dipinda dalam peringkat Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh satu Akta Parlimen. Ini kerana Pindaan Perlembagaan perlu sokongan dua pertiga majoriti Ahli Parlimen tetapi Act of Parliament hanya satu simple majority sahaja.
Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.